PENGENALAN PERSATUAN

Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia

Mengenai PPKMM

Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) merupakan sebuah persatuan yang telah lama bergiat aktif sejak tahun 2007. PPKMM telah mendapat pengiktirafan daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor  sebagai  pertubuhan berdaftar yang aktif dan sentiasa memenuhi peruntukan di bawah akta pertubuhan 1966 dan  perlembagaan pertubuhan. Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk menjaga kebajikan sosial ahli-ahli.

Matlamat PPKMM

Menyampaikan suara pekerja kepada majikan supaya wujud suasana kerja yang kondusif  dalam masa yang sama membetulkan tanggapan salah faham terhadap marin dan memberi peluang anggota marin menampilkan imejnya yang tinggi desiplin, tidak meninggi diri dan sedia berkerjasama melalui tadbirurus KDRM yang berholistik

Tujuan Penubuhan PPKMM

Tujuan Persatuan ini ialah untuk :-

i. Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli

ii. Menjalankan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial;

iii. Bertindak sebagai badan perantara bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli demi faedah bersama;

iv. Menganjur dan mengendalikan seminar, bengkel , kursus atau sebagainya untuk menambah pengetahuan ahli-ahli di bahagian
Pengurusan dan lain-lain.

v. Menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perniagaan, koperasi dan saham dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada ahli atau pekerja Persatuan ini.

vi. Menjalankan aktiviti-aktiviti umum yang mendatangkan faedah kepada ahli-ahli.