Pulau Pinang, 28 Julai 2023 – Persatuan Pegawai Kastam Marin Malaysia (PPKMM) dengan kerjasama PPKMM Kawasan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Seminar yang bertajuk “Sinergi Kecemerlangan Marin” bertempat di Dewan Amazon, Aras 7, Hotel Neo +, Georgetown Pulau Pinang. Seminar ini telah dihadiri seramai 70 orang pegawai Kastam Marin dari PMK Seluruh Semenanjung Malaysia. Dua orang penceramah yang dijemput bersama didalam seminar ini adalah Tn Hasri bin Had, PKPK I Cawangan OPMKS Ibu Pejabat dan Tn Abdul Rasyiddi bin Ab Drahman, PKPK II Cawangan OPMKS Ibu Pejabat. Pada sebelah malam pula, telah diadakan satu majlis makan malam bersama Ybhg. Tn Ribuan bin Abdullah, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan). Turut hadir di majlis tersebut ialah Tn Rohaizad bin Ali, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat, Pulau Pinang dan Johor. Pada Majlis makan malam tersebut juga diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada peserta seminar dan juga cenderahati kepada pegawai-pegawai yang telah dan akan berpencen pada tahun ini(2023). Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah dan nyanyian karaoke. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan hubungan antara ahli-ahli persatuan dan pihak pengurusan tertinggi jabatan.

 

 

 

 

 

Klik Sini untuk ke galeri gambar Seminar

Klik Sini untuk ke galeri gambar Majlis Makan Malam